bg-kata-aluan1

KATA-KATA ALUAN

Atas nama Islam mentaati Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu perjuangan yang wajib ke atas umat Islam. Ini bermakna ; mana-mana umat Islam yang tidak menegakkan ajaran Al Quran dan hadis ( Sunnah Nabi) sehingga Allah ditakuti dan Rasul-Nya dirindui adalah berdosa. Ianya adalah harm dalam Islam. Ini adalah kerana mengucapkan syahadah atau mengaku bahawa Allah adalah Tuhan dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya adalah merupakan sumpah atau akujanji bahawa kita benar-benar takut dan rindu pada kedua sehingga kita tidak mampu melupakan mereka.

Begitu juga dengan kesediaan dan ingatan kita sepenuhnya adalah kepada mereka. Perasaan ini bukanlah sekadar ungkapan tetapi sangat dirasai di hati, seperti keberadaan ibubapa dan pasangan kita. Tetapi Allah dan Rasul adalah lebih tinggi dan lebih agung. Kita mengabdikan sepenuhnya cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya yang kita yakini sepenuhnya.

Sesungguhnya, mereka juga sangat-sangat mencintai dan menjaga kita bahkan mereka tidak pernah melupakan kita. Hakikatnya, mereka menunggu-nunggu balasan cinta dan rindu kita kepada mereka. Mereka adalahlebih dari ibu bapa kita yang tidak tidur malam untuk kesejahteraan anak-anaknya, kerana Allah dan Nabi menjaga kita didalam seluruh kehidupan kita. Itulah keagungan umat Islam kerana Amereka memiliki Allah dan Rasul di dalam hati mereka, yang mana hal ini tidak dilihat oleh mata. Tetapi hati akan bercahaya hingga ia mampu merasakan kasih sayang dan oerhatian Allah dan Nabi yang dianugerahkan kepada kita.

Sesungguhnya umat Islam yang sebenar menjadi kuat Kerana cinta yang amat mendalam yang mereka miliki kepada Zat yang Maha Agung, Pencipta dan Pemelihara seluruh alam. Umat Islam dapat merasakan hadirnya Allah dan Nabi bersama mereka, tidak kira dalam apa juga keadaan atau dimana sahaja mereka berada. Mereka tidak merasa keseorangan kerana mereka sangat yakin bahawa Allah dan Nabi sentiasa bersama mereka, menjaga dan menolong mereka.

GISB Holdings sekarang ini telah berada dibanyak negara di seluruh dunia sebagai syarikat melayu Islam yang berdikari, bebas dari hutang dengan mana-mana bank mahupun hutang dengan mana-mana peribadi. Mengapa? Ini adalah kerana mereka meletakkan Allah dan Rasul sebagai modal. Mereka adalah modal kepada segala urusan dalam kehidupan ; Politik, kebudayaan, ekonomi, kesihatan, kekeluargaan, sukan, pengurusan, kewangan, perhubungan dan lain-lain. Allah dan Nabi telah berjanji dalam Al Quran bahawa kejayaan umat Islam didunia dan akhirat adalah diatas Ketentuan Allah dan Nabi. Lihatlah betapa berkecamuknya dunia hari ini, tidak ada keamanan dan kemakmuran. Mereka hanya mendapat habuan duniawi. Jadi untuk mengembalikan semula keamanan dan keharmonian yang sebenar kepada dunia, umat Islam mesti kembali kepada Allah dan Nabi mengikut kaedah ini. Umat Islam yang sebenar cintakan Allah dan berkasuh sayang anyara satu sama lain tidak kira bangsa warna kulit atau agama.

GISB Holdings bersungguh-sungguh menungkatkan rasa takut kepada Allah dan rasa rindu kepada Nabi Muhammad SAW. Melalui jalan inilah, apa yang dijanjikan kepada umat Islam hari ini untuk mencapai iman dan takwa akan benar-benar diperolehi.

Terima kasih.

Tuan Mohd. Rasidi Abdullah
Pengerusi Eksekutif
GISB Holdings Sdn. Bhd.
logo-ikhwanbg-kata-aluan2