VISI DAN MISI

GISB Holdings diperkukuhkan dengan matlamatnya yang unik, dimana perniagaan adakah sebagai laluan untuk seorang hamba mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan rahmat-Nya. Keuntungan komersil bukanlah target utama, tetapi menegakkan semua syariat Allah melalui perniagaan itulah yang paling penting.

Diantaranya adalah:

• Menyediakan makanan yang halal sebagai keperluan asas

• Mewujudkankan hubungan dan kasih sayang diantara peniaga dan pelanggan

• Melayan dan menyediakan khidmat kepada masyarakat

• Melatih untuk saling bantu membantu dan bekerjasama

• Untuk belajar bagaimana hendak bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain

• Segala kesusahan dan ujian dalam dunia perniagaan adalah sebagai wadah untuk menyuburkan rasa sabar dan harap kepada Allah

• Melatih seseorang untuk bertolak ansur dan memaafkan dalam menghadapi karenah pelanggan

• Mewujudkan peluang perniagaan kepada orang lain

• Membantu memasarkan produk Islam yg lain melalui rangkaian perniagaan  yg luas

• Untuk menegakkan syariat Islam dalam semua Kejayaan yg di capai melalui perniagaan

• Untuk membantu  fakir miskin dan yang memerlukan

• Untuk melaksanakan kewajipan zakat

Kebangkitan Islam yang berlaku secara global pada hari ini mendorong umat Islam dari pelbagai kaum dan bangsa untuk mengamalkan cara hidup menurut Islam. Para pemimpin hari ini bercakap tentang perlunya kembali merujuk Nabi Muhammad SAW, mengambil cara hidup baginda sebagai model dan peribadinya sebagai contoh ikutan, sebagai paksi kepada iman yang sebenar. Terutama dalam bidang perniagaan yang menjadi kekuatan utama yang perlu dimiliki oleh umat Islam setelah iman, ukhuah dan keselarasan, untuk menjadi satu bangsa yang kuat. Pembangunan ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada penubuhan GISB Holding Sdn Bhd pada 23 oktober, 2013, dimana ia merupakan satu transformasi dari Global Ikhwan Sdn Bhd serta sekutu rangkaian perniagaannya.

Penubuhan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi aktiviti perniagaan yang sedia ada di dalam dan di luar negara, juga untuk memenuhi cita-cita negara.

Syarikat ini mempunyai rangkaian perniagaan dalam pelbagai aspek melalui anak-anak syarikatnya, seperti pasaraya, rangkaian restoran, bakeri dan pastri, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain lagi yang bertebaran diseluruh 3/4 dunia dan semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

logo-ikhwan

corporate


Carian Terkini


misi visi syarikat mendapatkan keuntungan,