Global Ikhwan Travel and Tours

Sector pelancongan kini sangat berkembang dan mendapat pemintaan ramai terutama pakej pelancongan yang Islamik dan halal. Global Ikhwan Travel & Tours Sdn Bhd mengorak langkah merealisasikan pelancongan Islam dengan menawarkan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk semua lapisan masyarakat.

* Sebagai sebuah syarikat pelancongan bumiputera yang sedang berkembang merealisasikan pelancongan Islam.
* Bersatu menyediakan perkhidmatan dan produk pelancongan Islam
* Sebagai sebuah syarikat pelancongan yang mengutamakan perjalanan membesarkan dan mengagungkan Allah dan Rasul di setiap perjalanan dan pengembaraan.
* Sebagai sebuah syarikat yang mampu mengendalikan program pelancongan ke seluruh dunia
* Menyediakan dan melaksanakan pelbagai bidang dan perkhidmatan yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Global Ikhwan Travel & Tours Sdn Bhd menguruskan pakej  penerbangan dan pelancongan Islamik dan Halal, menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pakej Haji dan Umrah.

Pakej Pelancongan Dalam Negara

Perkhidmatan pelancongan ke tempat-tempat menarik di dalam negara, pakej kami disediakan mengikut kehendak pelanggan. Dengan menaiki bas yang disediakan atau penerbangan, pakej juga termasuk penginapan dan makanan. Antara tempat yang menarik yang boleh dikunjungi ialah Langkawi, Cameron Highlands, Genting Highlands, Bandar Bersejarah Melaka, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Pakej Pelancongan Luar Negara

Perkhidmatan perjalanan di luar negara seperti lawatan ziarah ke Timur Tengah termasuk Jordan, Mesir, Negara-negara Teluk, Eropah dan Asia, Turki, Indonesia, Thailand, Australia dan China.

Pakej Perjalanan dan Acara

* Jualan tiket penerbangan (domestik dan antarabangsa)
* Pakej Umrah dan Ziarah
* Pakej pelancongan Domestik dan Timur Tengah
* Sewa kenderaan termasuk bas, van dan kereta
* Tempahan bilik hotel dan lain-lain
* Pakej dalam negeri dan luar negara
* Memberi cadangan untuk mendapatkan pilihan perjalanan yang lebih selesa ke sesuatu tempat

Global Ikhwan Travel & Tours Sdn Bhd 826537-A


Carian Terkini


global ikhwan, global ikhwan sdn bhd, ikhwan global, carta organisasi global ikhwan terengganu, profil syarikat pelancongan,