fbpx

Wisma Bersalin Ikhwan, Bandar Country Homes

/, Malaysia, Selangor/Wisma Bersalin Ikhwan, Bandar Country Homes

Wisma Bersalin Ikhwan, Bandar Country Homes

 

Wisma Bersalin Ikhwan

No 19-G & 21-G, Jalan Desa 9/4,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor

Umairah Azmi
+6012-615 7147

Hotline +6019-378 4337

Kami sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti secara profesional, selamat, mesra dan penyayang dengan motto

“Gembirakanlah Hamba Allah, Nescaya Allah akan gembirakan kita.”

Keutamaan akan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal. Pelanggan akan dirawat oleh Pegawai Perubatan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.

Kemasukan pelanggan ke wad bersalin ditentukan oleh Pegawai Perubatan selepas pemeriksaan yang lengkap dijalankan.

Semua maklumat akan diberikan kepada pelanggan ataupun keluarga serta rawatan akan dijalankan selepas mendapat persetujuan pelanggan.

Rawatan di Wisma Bersalin Ikhwan hanya untuk kes-kes normal yang tidak berisiko. Jika berlaku permasalahan yang tidak dijangka, pelanggan akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rujukan.

Wisma menyediakan Perkhidmatan Penjagaan Mesra Ibu dan konsep ‘Baby Friendly’.

Wisma juga turut menyediakan kemudahan serta persekitaran yang bersih, selesa & selamat.


Carian Terkini


klinik ikhwan sg buloh, klinik bersalin saujana rawang,
2018-02-26T04:19:14+00:00