GISB Holdings Sdn Bhd merupakan gabungan dari dua bentuk pembangunan. Pembangunan insan dengan menanamkan dan menyuburkan rasa cinta dan takut kepada Allah serta rindu kepada Nabi SAW, akan melahirkan hamba yg ketaatannya kepada Allah dan Nabi tidak berbelah bagi, patuh kepada setiap ajaran Al Quran dan sunnah. Hasilnya terjadilah pembangunan material ketara, seiring dengan kasih sayang yg menjadi ikatan sesama manusia. Dengan demikian tidak timbul  kesan sampingan yang daripada pembangunan material terhadap manusia.

GISB Holdings meletakkan Allah dan Nabi sebagai modal. Bank Allah adalah sumber kepada semua keperluan syarikat untuk membangunkan sistem atau cara hidup Islam, seperti kewangan, kemahiran, pendidikan, strategi, cahaya, ubat, rahsia dan kunci kepada segala kejayaan. Keyakinan ini adalah asas tunjang kepada syarikat untuk bebas dar hutang bank dalam memulakan suatu projek.

GISB Holdings tidak hanya menumpukan kepada perniagaan semata-mata, tetapi juga merumuskan dan melaksanakan pelbagai projek dalam bidang-bidang lain seperti motivasi, pendidikan, kebajikan, kebudayaan, informasi maklumat, kesihatan, pertanian, perlancongan dan lain-lain. Ia juga berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi perintis dan peneraju dalam bidang-bidang ini mengikut syariat Islam.

GISB Holdings sedang membentuk sebuah model cara hidup mengikut ajaran Islam yg lengkap dan sempurna dalam semua aspek. Dengan penuh harapan, umat Islam dapat menyaksikan betapa indahnya cara hidup Islam yang di wahyukan oleh Allah. Juga untuk membuktikan bahawa ahanya sistem hidup dari wahyu Allah sahaja yang mampu menjamin kasih sayang, perlindungan dan keselamatan.

 

logo-ikhwan

corporate